Tuesday, November 2, 2010
benda yang tak pasti
banyak benda yang kita tak pasti tapi kita tetap menaruh harapan supaya benda yang tak pasti tu jadi macam benda yang kita nak...aku pun ada benda yang aku harapkan walaupun benda itu ibarat bintang dilangit atau cahaya yang tak boleh disentuh atau dipegang...tapi manusia suka mengharap...manusia suka kepada perkataan kalau...kalau blabla...kalau blabla...benda yang tak pasti...kita takut kepada realiti atau cuma mengharapkan perkara yang indah sepaerti buku-buku fairy tail dan dongeng yang selalu disuapkan kepada kita...aku pun begitu....takut untuk melangkah ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang kerana aku tahu perkara yang lepas juga patut diingati supaya kita tahu perkara dulu yang berlaku sebelum kita gah ke depan....aku benci untuk menoleh lagi tapi aku tahu itu perlu...aku toleh hanya sekadar melambai kepada perkara silam sambil tersenyum sipi...aku hanya manusia yang mengharap kepada keajaiban tapi tetap berpegang kepada satu...
Labels:
kau yang satu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment