CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 1, 2012

memoir bukan memoir

     Pehhhhhh berkarat siot ak punya blog...dh lama tak conteng2 kat sini...okay perkara yg boleh buatkan ak gembira lately adalah aku berjaya dapatkan buku pekin ibrahim...hahahahaha
     Padahal sebelum ni bukannya minat sgt pun dengan mamat ni...but i want to read his book...eermmm tiba2 jadi peminat tegar...siap follow twitter lagi....oohhh damn sorok bawah selimut....
      Lepas beli buku tu ak managed to read his book in just one night...kehkehkeh.. Esoknya bngun lambat pergi kerja....ggggrrrrrr padan muka diri sendiri...okay enough melalut...i totally love the book walaupun ad perkataan BERSAMBUNG on the last page...huh...!!!!
      He gave me a new perspective about life....bukan senang nak berjaya..but we have to grab any opportunities to success...  we have to believe in our ownself...macam dia snggup berhijrah masa umur 16 tahun ke kl....bukan senang nak buat keputussan mcam tu...but he end up jd pelakon jga seperti yng dia impikan...
        Good for him...so now its my time to make choice...
          

inilah buku yang aku bebelkan kat atas tu....walaupun aku lebih menyukai BOGEL MENUJU TUHAN but this book also worth read....Thumbs up for both writers.....

Monday, June 4, 2012

awan nano

Boleh tak kita hidup tak perlu berdasarkan angan-angan...tp berangan tak salah...berangan akn bertukar menjadi tekad....cuma jangan biarkan angan -angan jadi mimpi yang tak pasti....
                      tetapi angan-angan yang memusnah diri elakkan sama sekali....bila hidup diliputi angan-angan yang tak pasti....hati merana matiii......

Tuesday, May 29, 2012

lets talk about love ......

                  Huruf-huruf yang digabungkan menjadi perkataan-perkataan berlainan tetapi membawa maksud yang sama iaitu.....................
love (english),ai(mandarin),cinta(malay) adalah antara perkataan yg menggambarkan rasa kasih,sayang
seseorang terhadap seseorang atau kegemaran...
                  semua orang pernah jatuh cinta,ingin dicintai,disayangi tetapi tak semua orang bertuah dapat memiliki cinta...cinta sejati seperti romeo and juliet,laila majnun adakah betul2 wujud atau mesti diakhiri dengan kematian?????bukan kah cinta itu indah yang seharusnya diakhiri dengan kegembiraan,atau semuanya sekadar mimpi atau omongan kosong..
                    Tak semua yang mencintai memiliki dan tak semua yang dimiliki dicintai...tetapi setiap insan di muka bumi ini berlumba2 untuk dimiliki dan dicintai..cinta semestinya memberi impak yg begitu besar kepada manusia sehingga ad yang berani menyatakan tidak boleh hidup tanpa cinta atau kosong tanpa cinta....
                       Dan ad juga di antara kita yang memendam rasa cinta di hati kerana takutkan rejection....kekalahan yang dianggap sebagai kekalahan abadi di hati.tetapi ada juga yang menolak rasa cinta kerana orang yang mencintai telah pun dimiliki.. pilihan semua terletak di tangan pemilih yang memilih.. ada yang berpegang pada ak tak nak rosakkan kebahagiaan perempuan lain untuk kebahagiaan sendiri tetapi ada juga yang berpendapat apa salah nya dipandang hina manusia sejenis demi kebahagiaan yang diyakini tak akan datang tanpa usaha...TERPULANG GIRLS...
                     Aku sememangnya tergolong dalam kategori pertama dan mungkin disebabkan itu aku masih lagi tidak dimiliki..heeee tapi adakah bahagia itu hanya dengan bercinta dengan manusia semata???????pernah tak kita pikir yang rasa kosong dihati mungkin kerana kita lalai kepada Dia yang satu......ak masih dalam proses bertatih....tiada kekuatan untuk mengajar orang lain...ini cuma sekadar peringatan kepada diri...
                      Cinta sememangnya indah...itulah yang sering diperkata kawan2  aku...aku rasa mungkin seperti marijuana...anggapan aku sendiri bermonolog dalam hati..hehehe...tetapi maybe juga memrlukan morphin bila terluka....bak kata kawan aku kau tergolong dlam manusia yang rugi kerana tidak merasakan hebatnya cinta dan betapa tragisnya bila putusnya cinta....terpikir aku adakah aku dipilih untuk tidak merasakan asyiknya cinta seperti digembar gemburkan atau itu memamng pilihan aku. renung-renungkan sejenak..   
                   Adakah mencari asyiknya cinta manusia itu lebih hebat dari mencari keredhaan dan keasyikan cinta dari NYA............................


 p/s: gambar tak ada kaitan pun..just love her pink sneakers.....heeee
 

Love Quotes, Love Quotes Images, Love Sayings

Friday, March 2, 2012

Celaru

Boleh tak hati yang hitam legam aku berus sehingga putih bersih seperti cermin....

gunakan detergen lagi baguss......

sambil air mata mengalirrrrrr tanpa sempat aku seka...

Termenung Panjang

kerana perkataan badan binasa......kerana mulut hati punah..
kerana mulut kepala sarat...,kerana mulut.....
hanya kerana satu mulut................................punah ak rasa....

boleh tak di tutup mulut yang celaka itu.....mulut buat ak termenung panjanggggggggggggggggggggggggg

20th FEB 2012

separuh lagi jiwa aku terbang......
abah....
......................................................................................................................

Wednesday, November 9, 2011

keperluan ataupun keinginan

selama masuk 24thn aku hidup ni...semua di uruskan oleh my mummy...semua sekali...boleh dikatakan daripada a-z...soo ak tak tahu erti susah nya nak cari duit...apa yang tahu hanyalah asking for money...belajar mintak duit dari pama,nak beli apa2 pun mintak dari pama,nak itu nak ini semua pama..but now...bila dah kerja baru tahu langit tu tinggi ke rendah...baru tahu yang selama ni kadang2 apa yang aku nak dan dapat tu bukan keperluan pun tapi hanya sekadar keinginan..dah kerja konon2nya tak payah susahkan pama tp bila dah kerja baru tahu susah nya nak cari duit...gaji pertama lagi best,dapat saja slip gaji bukak tengok...termenung sorang2...lalu terpikir nak beli jam aku pun tak lepas...tapi sebelum ni tak pernah pikir pun minta aja..pergi kedai pilih lepas tu abah bayar..duit gaji lak hujung bulan jer adalah ciput tinggal..duduk termenung lagi..dalam hati berbisik kena belajar jiamt lah lepas ni...tpi kejap jer lepas tu mula balik..buat perangai dulu..
tapi i really hopes that lepas ni aku boleh bezakan yang mana satu keperluan dan yang mana satu keinginan...

Monday, October 17, 2011

mr. right

sebelum ni belum pernah lagi tulis pasal ciri-ciri lelaki idaman orang yang di beri nama nur ain syahida...today i will talk about it...
setiap manusia ada criteria2 yg berbeza mengenai lelaki pujaan hati..for me haruslah ada ciri2 berikut...bajet nak perfect padahal diri sendiri pun tak adalah sempurna pun...but just hoping it will become true...tak salah dreamingkann
ciri yang saya harapkan adalh...jeng jeng..
1) haruslah hormat orang tua....ni sangat penting sbb my mommy adlah super duper cerewet...my abah tak adalah cerewet sangat tp BOLEH TAHANLAH...soo untuk menyenangkan keaadan haruslah mencari yg pandai mengambil hati orang tua...
2) haruslah taat pada agama....yg boleh ajak ak semayamg jemaah sama2,yg boleh betulkan bacaan aku time mengaji dan yg boleh bentuk ak to be a better muslim...amin...and the most important thing is he must be a good leader to me and my future kids..ngenge
3) kenalah tinggi...i heart tall guy...barulah nmpak handsome...kalau tak boleh setinggi en.abah pun tp kena TINGGI LAH...bila tinggi aku rasa safe...boleh ek???(layan aja lah) bagi ak tinggi tu mesti...
4) chinese look...aku suka mamat yang sepet bagai...kalau tak sepat pun kena chinese look..aku pun tak tahu kenapa tapi really love someone yang muka ala-ala chinese...tpi tak adalah sampai drooling kot..
5) berkulit gelap...aku suka yang dark skin guy...walaupun yang bermuka ala2 apek...heee..sexy kot...sawo matang gitu...membebel lagi nur ain syahida..
6) pendiam....mamt yang pendiam bagi aku macho gitu...ak tak suka yang banyak mulut bagai...ni memang ak sangat titik beratkan..cehh..yelah mana tak nya ak banyak mulut kalau dia pun sama whose gonna be the ears or the listener...dalam conmmunication skill kena ada pendengar dan yang gila bercakap...
7) puitis...tak adalah jiwang sangat tapi dia memang kena dan wajib puitis orangnya...aku suka orang yang pandai meluahkan bait2 perasaan ke bentuk tulisan...
8) pemikir aka bijak...ak suka lelaki yang bijak....yang tahu berfikir apa yang patut dan apa yang tidak...orang yang selalu berfikir ibarat lautan yang tak akan kering..hehehe
9) pandai memasak...sebab aku tak pandai memasak...soo nanti adlah orang yang boleh ajar aku memasak or masak sama2..hehe..romantik gitu...tak pun yang akan masak kan aku makanan best2...
10) berkerjaya......harus kena ada pekerjaan tetaplah...


tapi aku rasa bila kita betul2 in love semua ciri yang kat atas tu kalau tak ada satu pun kita dah tak kesah...sebab kita terima dia yang seadanya seperti apa yang aku harapkan he loves me the way i am..semua orang pun aku rasa harapkan perkara yang sama..

happy birthday to me..

today is my birthday...
24 year old....big girl now..
hope this year will be brighter than last year...





p/s: just make my day more meaningful

Tuesday, October 11, 2011

hijrah or move on...

alam belajar, alam bekerja....semua tu kena tempuh...suka ataupun tidak...mahu ataupun terpaksa...



*****bertabah untuk teruskan jalan yang aku pilih.....

Thursday, September 29, 2011

SALUTE HABESSS LAH....

SAMPAI TUA by Fynn Jamal


kasih

kesatkanlah airmata

ku dah tiba


kasih

percayalah aku kan ada

sampai tua


ini sumpahku padamu

usah kau patah dan layu

garing siang malam beku

pasakku teguh untukmu


mungkin taufan akan surut

tetap datang petir ribut

setiapnya aku sambut

untukmu takkan ku takut


kasih

biarkanlah apa saja

takdir kita


kasih

pegangkanlah jariku lama

sampai tua


ini sumpahku padamu

usah kau patah dan layu

garing siang malam beku

pasakku teguh untukmu


mungkin taufan akan surut

tetap datang petir ribut

setiapnya aku sambut

untukmu takkan ku takut


dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih

dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih

aman saja aku ada

dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua

aku ada

sampai tua

Monday, September 19, 2011

endorphin ke...

bila mata kau bertemu mata aku....
aku pandang mata kau penuh erti....
aku mahu kunci pandangan mata itu,,,
saat itu aku mahu tersenyum riang mc donald....
aku percaya ini angkara pituitary gland dengan hypothalamus sahaja...
aku percaya hanya kerana endorphin semata...
hanya rasa itu....neurotransmitter itu...
morphine semulajadi bagi aku saat ini....

Tuesday, September 6, 2011

hari ketiga

membosankan lagi..dahla rasa macam bodoh gila..padahal benda ni tak ada lah sesusah anatomy or neuroscience...benda senang tu pun tergedek2 nak buat...sadis betol jdi aku...rasa macam nak je ckp im not that dumb walaupun tak adalah briliant mana...nak je cakap stay out of my way...tak payahla tengok aku dengan pandangan macam tu...nak je cakap mother cracker fish...tp sabar ajalah...banyakkan sabar jelah...aku pastilah benda ni aku boleh buat...so you can keeps your mouth shut...

Monday, September 5, 2011

hari kedua

dah masuk hari kedua tp aku still terkontang kanting...aku rasa macam masuk ke dunia yang serba aneh...dari segi sekeliling dan semuanyalah....apa yang harus aku buat????boleh tak kalau aku minta dunia aku hanya berkisar pada alam yang aku minta sahaja..tp benda yang kita nak paling kita takkan dapat!!!!

Thursday, July 7, 2011

tulisan biasa

banyak nak ditulis tapi tak tahu macam mana nak dituliskan....jadi tak ada benda lagi yang nak ditulis....tulis sesuatu yang tak tahu macam mana hendak ditulis memang susah untuk ditekan punat keyboard ni supaya menulis...







p/s;bagi aku masa untuk aku belajar menulis......

Sunday, June 19, 2011

kosong..

menangis....menangis lagi...
harini menangis lagi...
saat ini menangis....
saat itu menangis lagi....
menangis seperti semalam...
semalam aku menangis lagi....
jam ini aku menangis....
menangis seperti tiada lagi esok....
menangis seperti hanya tinggal semalam...
menangis mengenangkan saat kelmarin...
menangis lagi.....hati aku menangis....jiwa aku menangis lagi...
jasad aku menangis..........kalbu aku menangis...

jiwa aku kosong........menangis lagi seperti hujan basah....

Dia yang tahu...

pernah tak kau rasa apa yang aku rasa...
aku pasti kau akan rasa apa yang aku rasa...
bila kau rasa apa yang aku rasa...
aku tak pasti apa yang akan kau rasa...
kau akan menyesal dengan apa yang pernah kau rasa....bila kau rasa apa yang aku rasa...
aku tahu rasa itu semua akan rasa..

rasa yang tak ingin sekali kau rasa......rasa yang semua pasti rasa....



p/s; may 31..............

Saturday, April 30, 2011

sebab aku budak kelantan????

post ni aku tulis sbb mata aku tak boleh nak lelap..aku pun bingung padahal td bukan main lagi ngantuk..menaip sambil dengar lagu lonely day...aku cuba menerima bahawasanya hari ini dah masuk 1 mei..yup selamat hari buruh dunia...tp entry kali ini memang ada kena mengena dengan tajuk besar di atas...sbb aku budak kelantan...semua ni aku dah persetankan pun tp sebab tak boleh tidur punya pasal benda2 yang telah aku setankan ni muncul kembali mengetuk ingatan aku...aku benci nak pikir pasal benda2 mcm ni tp aku rasa ramai yang memandang rendah pada anak jati kelantan..i proud to be kelantanese...al kisah nya berlaku time aku practical..hahah..agak bangang kakak tersebut..yg baru diambil sbgai tenaga pekerja di tempat aku practical tu..so lengkaplah kumpulan2 yang aku anggap sangat sesuai untuk mereka bersama disbbkan satu perkara yang memang dh ada dlm diri mereka..aku mmg bersikap menghakimi di sini sbb keadaan telah mengajar aku untuk manjadi hakim dunia yang berlagak tahu sedangkan hanyalah si buta yang bertongkat menunggu masa untuk rebah jika tersilap jalan...aku memang sangat sedih bila aku dapat tahu yg staff tersebut bercakap belakang pasal aku...biasalahkan perempuan aku tahu fact tu tp yang aku tak puas hati kenapa dia bertanyakan perihal family aku then bertindak sbgai yg honor yg menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah...tersangat bull shit...hal ini hanyalah sbb aku orang kelantan yg dikatakan tinggal di ulu kelantan,,hahaha..yup aku mengaku yang aku bukan budak bendar tpi adakah semua budak kg tak layak untuk ada dan naik kereta2 mewah..such a crap..dan adakah semua budak bandar dilahirkan dengan kemewahan... [hukuman dijatuhkan seolah2 aku pengarang cerita terhebat di abad ini...aku berfikir dan perkara itu di ajukan kepada abah dan mummy aku ketika abh aku menerima suntikan drp my mummy....rutin sebelum makan abahku...yup poor abah...berbalik kpd perkara yang aku utarakan abah aku terus gelak and bertanya budak tu budak mana???lalu aku menjawab k***h...pantas di pintas mummy aku bandarnya dia...sambil di sambut dengan ketawa besar keluarga aku...adik aku geleng..btw abah mmg terkenal dgn sindirin menusuk jiwa lalu berkata kepada aku lain kali ckap dgn dia xkanlah nak pakai cop kat dahi and ada taring baru boleh...lalu my mom cakap lain kali suruh dia tanya aku sendiri sbb orang tengah yg bg info tu pun takkan la dia lebih tahu dari aku sendiri.....lagi benda yang buat aku kelakar ialah sbb dia gtaw kawan aku yang aku nmpak terlampau biasa... perkara yang didengar tak sepadan dengan perwatakan aku kononya...perkara yg digelakkan lagi...aduyai minah tak akan aku nak bagitahu semua orang kot...aku mmg budak kelantan dan ulu lagi...tp aku bangga dan aku rasa aku pun tak ada kurangnya dari budak2 lain...pathetic person that i wish i never met...btw bila pikir2 balik orang macam ni sememangnya sangat memerlukan pembelajaran topic bersyukur...perlu ke nak show off sedangkan semua itu milik Dia...kita hanya dipinjmkan buat sementara sahaja ngok...hahahahaha..aku macam teringin juga nak tanya maks2 adakah mereka malu berkawan dengan aku sbb aku bdk kelantan...akan di ajukan kelak...pffftttttttttt

Tuesday, April 12, 2011

cuti...


prac dah habes..rutin 5-8 dah berubah..now dah tak tahu nak buat apa nk isi masa lapang...rasa cam nk cari kerja...tapi tak tahu lak nak kerja apa..sooo now duk rumah kumpul lemak...tidakkkk...sadis tahap dewa kot...mesti di rancang ni apa yang patut di buat...clueless!!!!

dahla tak ada benda interesting happen in my life.....soo lame..lagi sadis...i hope it will sooner... just wait and see...apa-apa aja lah...malas pun ada gak nak fikir...lebih baik berserah disamping berusaha...itu yang terbaik i guess...

Monday, April 11, 2011

i need...


i need to change....i need to change now...change for a better me.....